Tuesday, February 3, 2009

Royalti Minyak Hak Terengganu

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN (pengarang@utusan.com.my)

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas pada tahun 1975 melayakkan negeri itu memperoleh royalti minyak bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun.

Pensyarah Ekonomi Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah berkata, mengikut perjanjian yang ada, kerajaan Terengganu sememangnya berhak mendapat royalti minyak tersebut.

“Kita harus pegang kepada perjanjian, memang Terengganu berhak menerimanya dan isu ini tidak perlu diperbesar atau diperkatakan lagi.

“Bagi menghentikan isu ini, kerajaan perlu menjelaskan secara mendalam mengenai perjanjian itu kepada rakyat.

‘‘Jika benar minyak yang dicari gali itu berada di dalam kawasan perairan Terengganu, negeri itu berhak memperolehnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

No comments: