Thursday, December 31, 2009

Impian rakyat negara maju

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.mdarifkosmo.com.my

Kosmo: Jumaat: 1.1.2010


"Keadilan ekonomi yang dimaksudkan ialah keadaan ekonomi sesebuah negara yang tidak dimonopoli oleh satu-satu bangsa atau golongan sahaja.

"Contoh yang paling hampir apabila wujudnya tanggapan kaum Cina lebih tertumpu dalam bidang perniagaan. Manakala orang Melayu pula hanya menjadi kakitangan kerajaan. Persepsi itu harus diubah kerana pastinya terdapat dalam kalangan orang Cina yang ingin menjadi kakitangan kerajaan, begitu juga dengan orang Melayu yang mahu menjadi ahli perniagaan berjaya.

"Mengapa aspek ekonomi perlu dititikberatkan? Sebabnya, peranan ekonomi biasanya menjadi faktor utama yang digunakan dalam menentukan status sesebuah negara sama ada membangun atau maju," ujar Pensyarah Pengurusan Strategik Universiti Utara Malaysia (UUM) dan penganalisis ekonomi, Haim Hilman Abdullah.

Misalnya faktor pendapatan per kapita, Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tahap industrialisasi seringkali dijadikan asas penilaian. Faktor-faktor lain seperti Indeks Pembangunan Manusia yang menggabungkan aspek ekonomi, pendapatan negara, indeks jangka hayat dan pendidikan juga digunakan.

Pada dasarnya negara maju mempunyai Indeks Pembangunan Manusia yang sangat tinggi. Sebagai contoh, kadar pendapatan per kapita rakyat Malaysia hari ini sekitar RM21,500 setahun. Kadar itu sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pendapatan per kapita rakyat Singapura iaitu sekitar RM106,000 setahun.

Tambah Haim, membandingkan Malaysia dengan Singapura mungkin tidak begitu sesuai kerana republik itu mempunyai empat juta penduduk sahaja. Oleh itu, perbandingan terbaik untuk Malaysia barangkali ialah Korea Selatan dan Taiwan. Pada era 70-an, kedua-dua negara itu lebih mundur berbanding Malaysia.

Namun kini, penduduk negara tersebut telah mencatat pendapatan tiga kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan rakyat Malaysia. Inilah cabaran yang harus dilunaskan oleh kerajaan dan rakyat.

Adakah Malaysia mempunyai masa untuk mencapai Wawasan 2020? Haim menyifatkan ia bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak. Melihat situasi Malaysia pada hari ini sudah tergambar kesukaran untuk merealisasikan misi tersebut seandainya tiada sebarang perubahan terutama dalam model ekonomi negara.

MEMBANGKITKAN isu perkauman yang mencetuskan kemarahan kaum lain hanya merugikan negara.

Jelas Haim, satu model ekonomi baru yang terancang wajar digubal. Rakyat di segenap lapisan masyarakat perlu memahami inti pati model ekonomi baru itu dan tahu apakah peranan mereka. Usaha mencapai negara maju bukan terletak di bahu kerajaan sahaja, tetapi perlu turut disertai oleh pihak swasta dan rakyat.

Tetapkan objektif

Justeru, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir kerajaan perlu membahagikan beberapa fasa perancangan. Tetapkan objektif, strategi, program dan bajet secara terperinci.

"Selain itu, kita perlu mengenal pasti PetunjukPrestasi Utama (KPI) bagi memastikan setiap yang dirancang mencapai sasarannya. Sasaran mencapai kadar pertumbuhan KDNK 5.5 peratus setahun atau lebih tinggi bermula dari 2011 sehingga 2020 mampu membantu negara menjadi negara maju pada tahun 2020," ulas Haim.

Haim juga berharap Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang akan dibentangkan tidak lama lagi mampu menjadi memangkin persekitaran ekonomi yang mesra sektor perkhidmatan selain menitikberatkan aspek inovasi dan nilai tambah sektor pembuatan sedia ada.

Usaha mewujudkan aspek servitization produk juga harus digembleng secara terancang. Ini kerana sektor pembuatan dan komoditi masih mampu menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sekiranya semua dapat direalisasikan, maka adalah tidak mustahil rakyat Malaysia menjadi kaya empat kali ganda. Pendapatan kita juga setaraf dengan pendapatan rakyat Singapura, Korea dan Taiwan yang pada satu ketika dahulu sama taraf dengan rakyat Malaysia.

11 comments:

crewradix said...

IMPIAN RAKYAT...
RAKYAT MAJU!!NEGARA PASTI MAJU!!!
NEGARA MAJU!!!PEMIMPIN MAJU & KAYA RAYA!!!
RAKYAT MENGAPA RAMAI YG PAPA KEDANA!!!
MUSTI ADA YG TAK KENA!!!

nawal said...

Wahai rakan, sahabat dan taulan... kIta harus sedar mulai saat ini. Kalau bukan kita yang menaikkan ekonomi Malaysia, siapa lagi??Di bahu siapa lagi?
"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab pada setiap pimpinan kamu"

nawal said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

tahniah.

alo said...

salam dr..

apakah pendapat dr kalu malaysia mengaplikasi sepenuhnya sistem meritokrasi dlm aspek sosial..dpt kah ini menyumbang kpd pembangunan negara dgn lebih mantap..bebanding dasar skrg ini yang memberi keutamaan kpd bumiputera..kalu melihat statistik kementerian luar negara jumlah mereka bermigrasi meningkt thn..mereka ini rata2 mempunyai skill n ilmu yg tggi..rata2 mereka menyatakan kesukaran mendapat tempat disini..kesannya kita hilang tenaga mahir yg diperlukan..bg sy 1 kerugian utk msia.

wslm

Dr. Haim Hilman said...

Salam Mohd

Saya pada dasarnya bersetuju dengan sistem meritokasi terancang. Kita harus jadi bangsa atau umat berilmu kerana dengan ilmu kita akan jadi lebih bijaksana. Kita tidak akan gentar dengan perubahan yang berlaku di sekeliling kita kerana kita ada ilmu untuk menanganinya. Sedih saya lihat apabila orang "cabar" kita, kita melatah macam2 dan semua tindakan kita cenderung kepada gelodak emosi. Kita harus jadi melayu baru: Berilmu, Bertaqwa, Beramal, Berdisiplin, Rajin dan Dahagakan Kejayaan. Waullahualam..

Dr. Haim Hilman said...

Sdr Mohd..

Saya juga sedih melihat migrasi cerdik pandai kita (tanpa mengira kaum) yang terpaksa meninggalkan negara atas sebab tiada peluang dinegara kita. Itulah sebabnya kita orang melayu harus gigih berusaha menjadi bangs berilmu hebat kerana bila kita hebat kita tidak takut dengan bangsa lain yang sama hebat dan pada ketika itu kita boleh bersaing purely atas meritokrasi. Oleh itu usahakan terus untuk jadi individu, bangsa dan umat yang hebat ilmunya..

Rozlan Daud said...

salam.

Tahniah atas tulisan Dr. Memang benar apa yang Dr. katakan itu. Orang Melayu sepatutnya lebih berusaha mencari ilmu agar menjadi satu bangsa yang berilmu dan beramal dengannya.

Berbalik kepada migrasi cerdik pandai rakyat negara kita atas alasan tiada peluang di negara kita, secara peribadi saya katakan itu adalah alasan semata-mata. Ini kerana ramai antara kita yang hanya menunggu peluang daripada pihak kerajaan semata-mata tanpa kita sendiri yang mencipta peluang tersebut. Sepatutnya kita yang cerdik pandai ini mencipta peluang dan bukannya menunggu peluang agar dengan adanya peluang baru ia bukan sahaja menguntungkan diri malah memberi peluang juga kepada rakyat dalam negara ini. Untuk mencapai sebuah negara maju kita seharusnya tidak menunggu peluang malah kita sepatutnya mencipta peluang kerana dalam dunia perniagaan kita perlu mencari peluang.

sekian.
(Erti hidup pada mengabdikan diri kepada yang Esa)

Rozlan Daud said...

salam.

Tahniah atas tulisan Dr. Memang benar apa yang Dr. katakan itu. Orang Melayu sepatutnya lebih berusaha mencari ilmu agar menjadi satu bangsa yang berilmu dan beramal dengannya.

Berbalik kepada migrasi cerdik pandai rakyat negara kita atas alasan tiada peluang di negara kita, secara peribadi saya katakan itu adalah alasan semata-mata. Ini kerana ramai antara kita yang hanya menunggu peluang daripada pihak kerajaan semata-mata tanpa kita sendiri yang mencipta peluang tersebut. Sepatutnya kita yang cerdik pandai ini mencipta peluang dan bukannya menunggu peluang agar dengan adanya peluang baru ia bukan sahaja menguntungkan diri malah memberi peluang juga kepada rakyat dalam negara ini. Untuk mencapai sebuah negara maju kita seharusnya tidak menunggu peluang malah kita sepatutnya mencipta peluang kerana dalam dunia perniagaan kita perlu mencari peluang.

sekian.
(Erti hidup pada mengabdikan diri kepada yang Esa)

Dr. Haim Hilman said...

Salam Rozlan.. Moga sihat hendaknya dan akan jadi seorang pemuda Islam dan Melayu yang dinamik dan progresif.

Terima kasih atas pandangan yang dikongsikan.. Saya bersetuju dengan pandangan Rozlan agar mereka yang cerdik pandai terus mengorak langkah untuk mencipta peluang.. jika saranan Rozlan di ambil secara serius saya percaya Malaysia akan mencapai status negara maju lebih awal dari 2020.

Anonymous said...

salam
dr. haim, masih ingat lagi saya ex-student dr. di uum..
tahniah di atas kejayaan dr.haim..
--afian--