Utusan Malaysia: 16.05.2008
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)
SESUATU yang menarik perhatian orang ramai ketika ini adalah perang harga tambang murah antara dua syarikat penerbangan utama negara iaitu Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan AirAsia Bhd. (AirAsia).
Sejak MAS melancarkan kempen 'Tambang Murah Setiap Hari' bermula 5 Mei lalu dan memperluaskan pula ke laluan antarabangsa terutamanya ke negara ASEAN, ia ternyata mengancam kedudukan AirAsia sebagai pelopor konsep penerbangan tambang murah di negara ini.
Konsep serupa yang diperkenalkan MAS itu bukanlah saingan bagi AirAsia meskipun mereka turut menawarkan tiket percuma sebagai reaksi balas beberapa hari kemudiannya.
Ini kerana dalam persaingan antara kedua-dua syarikat penerbangan itu, pasti ramai yang bersetuju bahawa MAS mempunyai banyak kelebihan untuk menarik lebih ramai penumpang. Sebagai sebuah syarikat penerbangan kebangsaan, penumpang MAS tidak hanya ditawarkan tambang yang murah sebaliknya berpeluang menikmati perkhidmatan bertaraf lima bintang.
Dari sudut kepenggunaan, perang harga tambang murah oleh kedua-dua syarikat penerbangan itu bagaikan satu bonus kepada orang ramai yang sebelum ini berkira-kira untuk melancong kerana harga tambang penerbangan yang mahal.
Apatah lagi tawaran tambang murah itu juga tidak terhad untuk laluan domestik sebaliknya turut membabitkan penerbangan antarabangsa terutamanya ke negara-negara ASEAN. Ia secara tidak langsung meningkatkan kecairan ringgit di kalangan orang ramai dalam sektor penerbangan dan pelancongan yang kemudiannya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Namun, dari perspektif yang lebih luas dan jangka masa panjang, persaingan tambang murah antara AirAsia dan MAS sebenarnya boleh membunuh survival salah sebuah syarikat penerbangan tersebut pada masa depan.
Seperti yang dijelaskan oleh Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia, Haim Hilman Abdullah, persaingan agresif di antara AirAsia dan MAS dalam merebut penumpang ketika ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada salah sebuah syarikat penerbangan.
Haim berkata, strategi menarik pelanggan sebegitu adalah persaingan yang tidak sihat yang mana pada penghujungnya, hanya syarikat yang benar-benar kuat sahaja mampu bertahan manakala syarikat yang lemah akan 'jatuh' dalam industri ini.
Sekiranya itu berlaku jelas beliau, ia adalah satu kerugian yang besar ketika negara seharusnya berbangga dengan dua buah syarikat tempatan yang berpotensi dan beroperasi dengan cemerlang serta membanggakan di peringkat antarabangsa.
Justeru bagi mengelak kemungkinan tersebut, Haim menjelaskan, kedua-dua syarikat penerbangan itu perlu berbincang secara serius dan terbuka terutamanya dalam aspek pembahagian laluan penerbangan secara adil dan seimbang.
Persaingan laluan yang sama terutamanya bagi penerbangan antarabangsa jelas beliau, tidak seharusnya berlaku apatah lagi ketika permintaan kepada laluan-laluan tertentu yang kurang mendapat sambutan.
Apatah lagi dengan kemasukan syarikat penerbangan tambang murah dari negara lain, kedua-dua syarikat tempatan itu sewajarnya bergandingan dalam memastikan mereka terus menjadi pilihan terutamanya di kalangan penumpang tempatan.
"AirAsia dan MAS seharusnya bersaing dalam penawaran laluan penerbangan yang pelbagai dan bukannya dengan laluan yang sama dan secara terbuka. Strategi perniagaan seperti ini boleh mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak seterusnya memastikan syarikat kekal untung," jelasnya.
Haim menambah, langkah menawarkan tambang murah secara berterusan juga bukanlah satu strategi yang bijak kerana dengan peningkatan kos operasi terutamanya kenaikan harga bahan bakar, ia boleh memberi kesan negatif kepada pendapatan syarikat.
Sekiranya itu berlaku, salah sebuah syarikat mungkin terpaksa gulung tikar dan ini akan memberikan kesan buruk terutamanya kepada kakitangan yang akan kehilangan pekerjaan selain turut menjejaskan ekonomi negara.
Kesempatan itu juga akan digunakan oleh syarikat yang masih bertahan untuk mengambil alih syarikat yang gagal bersaing seterusnya mewujudkan monopoli dalam industri penerbangan.
"Keadaan ini pastinya tidak menguntungkan pengguna apabila mereka tidak lagi mempunyai pilihan dan sektor penerbangan juga sudah tidak ada persaingan yang sihat. Sedangkan jika kita perhatikan, MAS banyak berubah dan lebih berdaya saing sejak AirAsia memberi cabaran dalam sektor ini beberapa tahun lalu," katanya.
Ketika ditanya pandangan beliau kewajaran AirAsia diberikan keistimewaan yang sama seperti MAS termasuk laluan penerbangan yang lebih, Haim menjelaskan, kerajaan pastinya menimbangkan perkara tersebut dengan melihat kepada faedah yang diberikan oleh AirAsia kepada negara. Beroperasi sebagai sebuah syarikat swasta, AirAsia ketika ini menyumbang kepada pendapatan negara dalam bentuk pembayaran cukai perniagaan.
Sedangkan MAS yang merupakan sebuah syarikat milik kerajaan (GLC), memberikan faedah yang lebih tinggi kepada kerajaan yang kemudiannya digunakan semula bagi tujuan lain termasuk yang berkaitan kebajikan rakyat. "Bagaimanapun sekiranya AirAsia mampu memberikan pulangan faedah yang sama kepada kerajaan seperti yang diberikan oleh MAS, adalah wajar AirAsia juga diberikan keistimewaan sebagai syarikat penerbangan penuh seperti yang dinikmati MAS," katanya.
Dengan perjanjian langit terbuka bagi laluan bandar ASEAN yang akan dibuka sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan, persaingan dalam menawarkan laluan penerbangan pastinya menjadi lebih rancak. Ia juga pasti ditunggu-tunggu oleh orang ramai yang bakal menikmati peluang untuk melancong ke destinasi-destinasi baru yang lebih menarik di seluruh dunia dengan harga tambang yang murah. Persoalannya, mampukah salah sebuah syarikat penerbangan negara bertahan sehingga ke tempoh tersebut sekiranya persaingan menawarkan tambang harga murah seperti ketika ini berterusan?
Tuesday, December 2, 2008
Penting Bendung Inflasi
Utusan Malaysia: 13.05.2008
Oleh NORAINI ABD. RAZAK (WARTAWAN UTUSAN)
ISU kenaikan harga makanan yang kini melanda negara-negara di dunia membentuk kebimbangan yang bukan sedikit di kalangan penghuni planet yang menampung kira-kira 6.6 bilion penduduk ini. Tidak dinafikan krisis harga makanan jika tidak dibendung boleh saja menukar rupa wajah sesebuah negara daripada aman kepada huru-hara.
Ini kerana 'politik perut' sentiasa mengatasi segala kerenah politik yang lain lantaran manusia perlu mengalas perut untuk membolehkan mereka berfikir secara rasional dan bertindak dengan lebih waras.
Paling membimbangkan ialah kenaikan harga makanan pada tahap yang tidak boleh diterima akal mendorong kepada peningkatan kadar inflasi seterusnya menjadi punca yang menekan rakyat sehingga boleh melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Bayangkanlah harga dua kilogram beras di Bangladesh kini adalah separuh daripada pendapatan harian keluarga miskin di negara itu.
Di Indonesia pula kenaikan 10 peratus harga beras di negara tersebut bermakna penambahan 2 juta penduduk lagi dalam angka kemiskinan yang sedia tercatat di situ.
Malah Bank Dunia menarik perhatian mengenai kenaikan harga makanan yang dijangka menyebabkan 100 juta penduduk dunia jatuh dalam kategori kemiskinan melarat.
Paling menyedihkan apabila dikatakan bahawa kenaikan harga makanan ini akan menjadi satu fenomena sehingga tahun 2015. Punca-punca seperti pengeluaran hasil pertanian yang rendah dan masalah cuaca misalnya mendorong kenaikan harga gandum sebanyak 120 peratus, beras (75 peratus), manakala keluarga miskin membelanjakan sehingga 80 peratus daripada bajet mereka untuk makanan.
Harga makanan yang tinggi kini membelenggu lebih berjuta-juta penduduk di dunia, malah kemelut itu juga menjadi ancaman kepada masalah kekurangan zat yang telah pun menjadi punca kematian lebih 3.5 juta kanak-kanak setahun.
Bank Dunia menganggarkan terdapat 36 buah negara berhadapan dengan kemungkinan menghadapi masalah berikutan kemelut bahan makanan yang sukar diperoleh dan mahal harganya. Sebanyak 21 daripada 36 negara yang mengalami krisis makanan adalah di subsahara Afrika. Rantau itu mengimport 45 peratus daripada keperluan gandum dan 84 peratus berasnya.
Masalah peningkatan harga makanan yang mendorong kepada kenaikan kadar inflasi juga melanda negara-negara seperti India, Mesir dan Haiti yang dilanda rusuhan demi rusuhan berikutan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga makanan ruji secara melampau.
Di Malaysia, kesungguhan kerajaan untuk membendung kenaikan harga makanan dan peningkatan kadar inflasi ditunjukkan menerusi penubuhan Jawatankuasa Menangani Inflasi yang menyediakan peruntukan sebanyak RM4 bilion serta mengadakan stok penimbal.
Seperti yang diakui oleh Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif sebagai persediaan jangka panjang menghadapi cabaran tersebut.
Faktor penyebab berlakunya inflasi didorong oleh kenaikan harga barang makanan di pasaran dunia, harga komoditi dan kenaikan kos bahan bakar yang mempunyai implikasi meluas ke atas ekonomi dan kehidupan penduduk dunia.
Kenaikan harga Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia, Haim Hilman Abdullah ketika ditanya senario tersebut berkata, pada umumnya inflasi bermakna "kenaikan harga yang berterusan dalam tingkat harga umum." Harga umum itu merujuk kepada paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan di dalam sesuatu ekonomi di sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu.
''Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan dan perkhidmatan yang ada pada sesuatu masa itu maka satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga umum tersebut. ''Kaedah itu menggunakan pendekatan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan di pasaran dan menjadikannya wakil kepada keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonomi itu.
''Kaedah ini jugalah yang digunakan di Malaysia dan harga barangan serta perkhidmatan tersebut diukur dan ia dipanggil sebagai Indeks Harga Pengguna (IHP),'' katanya kepada Utusan Malaysia.
IHP diukur dengan cara membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun semasa. Menerusi perbandingan inilah inflasi dapat dikenal pasti. Dengan kata lain kadar inflasi adalah peratus perubahan paras harga IHP barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas.
Menurut Haim, peningkatan inflasi akan berlaku apabila paras harga umum terus meningkat secara berterusan dalam satu-satu tempoh masa. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga barang atau perkhidmatan akibat daripada faktor bencana alam atau kerana dasar kerajaan seperti menaikkan kadar cukai barangan tertentu tidak dianggap sebagai inflasi kerana ia hanya berlaku sekali sahaja. ''Tetapi kenaikan harga minyak secara berterusan adalah contoh terbaik untuk mengilustrasikan faktor penyebab berlakunya kenaikan kadar inflasi,'' katanya.
Beliau menarik perhatian mengenai kenaikan kadar inflasi yang banyak disumbangkan oleh persekitaran pasaran harga minyak mentah dunia yang kini melebihi AS$120 setong. Di samping itu pertumbuhan ekonomi global yang tidak stabil turut mendorong tekanan inflasi untuk masa terdekat.
Menurut Haim, kadar kenaikan harga yang tidak terkawal pasti akan memburukkan lagi kadar inflasi dan tidak mustahil mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara itu.
Ekonomi yang lumpuh pastinya akan membawa kepada permasalahan sosial yang serius dan akhirnya boleh menggugat kestabilan politik dan kerajaan. ''Meningkatnya kadar inflasi bermakna meningkatlah kos sara hidup rakyat dan secara langsung akan menurunkan taraf hidup mereka.
''Adalah jelas untuk dilihat hari ini bahawa kadar harga barang atau perkhidmatan yang sama yang pernah diperoleh dahulu telah meningkat naik. Ini bermakna kuasa beli untuk jumlah ringgit yang sama telah menjadi semakin kecil,'' katanya.
Jika dilihat dari sudut makro pula, katanya, kadar inflasi tinggi akan mengurangkan daya saing sesebuah negara. Secara khususnya ia akan menyebabkan syarikat menanggung peningkatan kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan dihasilkan. Kesan negatif tersebut akan lebih dirasai oleh syarikat berorientasikan eksport. Jika ini berterusan ia mampu menyumbang kepada penurunan minat pelabur tempatan dan asing untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.
Menurut Haim, kini tiba masanya untuk seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memastikan kadar inflasi dapat dikawal dan diturunkan sehingga akhirnya mencapai tahap inflasi sifar. Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu daripada faktor-faktor ataupun kombinasi faktor-faktor seperti inflasi tolakan kos, tarikan permintaan dan inflasi yang diimport.
Untuk membendung inflasi tolakan kos, warga perniagaan iaitu pengeluar perlu memastikan tahap keefisienan operasi mereka berada di tahap tertinggi. Peningkatan kos upah sebagai contohnya pasti akan menurunkan kadar keuntungan mereka dan antara langkah popular yang sering diambil oleh syarikat untuk terus mengekalkan kadar keuntungan mereka ialah menaikkan harga barang. Apabila ini berlaku maka tingkat harga umum akan meningkat dan penyusutan nilai ringgit akan terus berlaku atau dengan kata lain kadar inflasi akan meningkat lagi.
Kadar permintaanDi samping itu pengeluar juga perlu bijak menjangkakan kadar permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan mereka di pasaran. Kemampuan membuat jangkaan tepat penawaran dan permintaan mampu mengekang kenaikan kadar inflasi.
Inflasi berlaku apabila terjadi peningkatan mendadak permintaan berbanding penawaran barangan dan perkhidmatan di pasaran pada sesuatu masa tertentu di sesebuah negara itu. Keadaan ini selalu juga berlaku apabila ekonomi sesebuah negara itu berada pada tingkat guna tenaga penuh.
Inflasi juga boleh wujud akibat daripada aktiviti import. Keadaan ini boleh berlaku apabila rakyat cenderung membeli barangan import.Kesannya dapat dilihat dengan ketara apabila berlaku peningkatan harga barangan akibat daripada peningkatan kos pengeluaran di negara pengeluar (asing) tersebut.
Usaha harus digembleng agar pengguna tidak membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan. Ini adalah perlu kerana jika mereka mula panik maka senario krisis gula, tepung dan beras akan berulang dan tidak mustahil berlaku ke atas barangan atau perkhidmatan lain.
Dengan kata lain inflasi akan meningkat apabila pengguna berbelanja secara 'luar biasa' akibat daripada andaian bahawa barangan akan kehabisan stok dan keadaan ini sering kali akan digunakan oleh pengeluar untuk meraih keuntungan berganda dengan meningkatkan harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan itu sesuka hati mereka.
Secara keseluruhannya usaha membendung inflasi ini adalah tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia. Kempen anti inflasi ataupun inflasi sifar harus dirancakkan semula sehingga ia mampu menjadi isu utama semua pihak di setiap lapisan masyarakat.

Monday, December 1, 2008
Tambah Subsidi Atau Naikkan Harga Minyak
Utusan Malaysia: 10.05.2008
Oleh AINUL ASNIERA AHSAN (WARTAWAN UTUSAN)
HAMPIR setiap hari harga minyak global mencatatkan rekod kenaikan dan semalam tidak terkecuali apabila harga 'emas hitam' itu sekali lagi mencecah paras tertinggi baru menghampiri AS$125 setong (RM399.136 setong). Dan angka itu dijangka terus meningkat untuk hari-hari mendatang. Hakikatnya trend tersebut tidak lagi dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran, sebaliknya ditentukan oleh ketidaktentuan ekonomi dan keadaan semasa.
Bagi mengimbangi kenaikan harga minyak dunia, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebahagian harga barangan atau produk tersebut. Dengan lain perkataan, lagi banyak barangan itu dibeli, lagi besarlah subsidi atau beban kewangan yang perlu ditanggung kerajaan.
Sejak kenaikan minyak berterusan awal tahun ini kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM45 bilion. Hasil subsidi itu, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah berbanding kebanyakan negara ASEAN, malah di antara terendah di dunia.
Harga runcit seliter Petrol RON97 pada November 2007 di Malaysia ialah RM1.92 berbanding di Indonesia (RM2.57), Thailand (RM3.19), Filipina (RM3.45), Singapura (RM5.07) dan United Kingdom (RM7.03).
Timbul persoalan adakah jumlah subsidi minyak perlu ditambah atau kerajaan perlu menaikkan harga minyak bagi mengelak daripada terus terbeban dari sudut ekonomi. Ketua Penyelidik MIMB Investment Bank, Pong Teng Siew ketika ditanya persoalan tersebut menawarkan pandangan tersendiri.
Beliau menarik perhatian mengenai rizab minyak Petronas yang dianggarkan sebanyak 666,000 tong dan jika subsidi ditingkatkan, ia tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada rakyat khususnya golongan mampu.
Malah, katanya, tindakan menambah subsidi secara berterusan juga akan meningkatkan ruang untuk penyeludupan kerana wujudnya peluang menjual minyak bersubsidi pada harga yang tinggi di negara-negara jiran.
Selain itu, katanya, ia akan menjadikan rakyat Malaysia tidak menghargai penggunaan minyak yang merupakan sumber yang mahal dalam kehidupan. Permintaan''Dua keadaan ini tidak mustahil akan mendorong permintaan terhadap komoditi itu terus meningkat,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Teng Siew berkata, jika kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak, kesan jangka panjangnya ialah bekalan sedia ada akan berkurangan dan yang mengalami kerugian adalah generasi akan datang. ''Kita hendak menggunakan minyak bukan hari ini sahaja tetapi untuk jangka panjang,'' katanya.
Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah ketika diminta mengulas kenaikan harga komoditi itu, melahirkan kebimbangan sekiranya harga minyak terus meningkat.
Keadaan itu, menurut Haim, akan mengundang pembaziran di pihak kerajaan kerana terpaksa menampung peningkatan subsidi manakala rakyat negara ini belum bersedia untuk bersama-sama menanggung masalah itu dengan kerajaan.
''Sekiranya jumlah subsidi perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa, keadaan itu dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. ''Lebih membimbangkan sekiranya kerajaan terpaksa mengurangkan peruntukan-peruntukan lain seperti untuk pembinaan sekolah yang tidak kurang penting kepada rakyat,'' katanya.
Berikutan itu, beliau meminta kerajaan segera melaksanakan penstrukturan subsidi minyak bagi mengelakkan kerugian lebih besar kerana terpaksa menanggung peningkatan subsidi. Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG), Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas pula berpendapat, harga minyak kini berada di paras 'tidak masuk akal', malah langsung tidak pernah terfikir mampu mencecah kedudukan sekarang.
Beliau berkata, walaupun kenaikan harga minyak negara dikatakan masih rendah berbanding negara-negara ASEAN tetapi faktor itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur dengan taraf sosio-ekonomi rakyat negara ini.
"Ia kerana, setiap kali harga minyak naik, harga barangan pengguna turut naik dan kita tidak tahu sampai bila rakyat boleh sama-sama menanggung kesan ini," ujar beliau,
Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, kenaikan harga minyak sudah tentu akan mengakibatkan kesan berganda terhadap barang dan perkhidmatan lain.
Katanya, sekiranya kos pengangkutan meningkat maka harga barangan juga akan meningkat. ''Kalau kualiti hidup menurun berkemungkinan kesihatan sama ada fizikal, mental atau emosi mungkin menganggu kebanyakan penduduk. ''Gangguan kesihatan yang berlarutan akan memberi kesan kepada produktiviti dan seterusnya pengeluaran dan pendapatan negara,'' katanya.
Menteri Minyak Iran, Gholam Hossein Nozar, kelmarin menjangkakan harga minyak akan naik sehingga AS$200 setong (RM640 setong) dalam tempoh terdekat ini, sesuatu yang sukar untuk diterima ketika ini.
Beliau berkata, punca utama yang menyebabkan kenaikan harga bahan bakar itu disokong oleh ekonomi Amerika Syarikat yang terus lemah dan kejatuhan dolar sehingga menyebabkan para pelabur kembali beralih kepada komoditi.
Pakistan adalah antara negara pertama yang mengumumkan kenaikan harga minyak dua kali dalam bulan Mac lalu bagi mengurangkan subsidi yang semakin membebankan akibat lonjakan harga minyak dunia.
Selain itu, kebimbangan terhadap keadaan politik yang tidak menggalakkan di Nigeria dan selatan Iraq turut menjadi penyumbang kepada peningkatan harga minyak. Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), Abdalla Salem El-Badri pula berkata, pertubuhan itu tidak bercadang untuk meningkatkan pengeluaran minyak kerana bekalan sedia ada mencukupi.
Beberapa penganalisis tempatan enggan mengulas sama ada kerajaan wajar menaikkan harga minyak memandangkan tidak ada tanda-tanda harga komoditi itu akan turun. Malah, tidak ada di kalangan mereka yang berani untuk membuat tafsiran berapa jumlah kenaikan yang wajar dibuat oleh kerajaan sekiranya berhasrat untuk mengurangkan subsidi yang ditanggung.

Tangguh, Elak Kesan Besar
Utusan Malaysia: 24.04.2008
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (WARTAWAN UTUSAN)
DALAM situasi ekonomi dunia yang tidak menentu kesan daripada kenaikan minyak mentah dan krisis bekalan makanan global ketika ini, keputusan kerajaan untuk menilai semula projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pastinya dipersetujui ramai sebagai satu langkah yang tepat.
Projek-projek yang bernilai berbilion ringgit itu meskipun merupakan satu pelaburan jangka masa panjang untuk kesejahteraan rakyat, namun perlu diperhalusi bagi memastikan ia tidak meminggirkan kehendak rakyat dalam masa terdekat.
Apatah lagi ketika negara tidak dapat mengelak daripada kenaikan harga makanan dan bahan bakar, perbelanjaan negara dalam memastikan rakyat di negara ini tidak diancam krisis tersebut dengan lebih teruk pastinya menjadi agenda utama.
Menilai projek-projek yang bakal dilaksanakan di bawah RMK-9 itu, apa yang boleh disimpulkan, kerajaan dengan perancangan yang bijak, boleh menyusun kembali projek-projek tersebut mengikut keutamaan.
Memang sangat munasabah langkah itu dipertimbangkan, sementelah dalam situasi kerajaan sendiri terpaksa berdepan dengan kos pembinaan yang tinggi ekoran kenaikan bahan-bahan binaan seperti besi, aluminium dan simen.
Daripada 880 projek pembangunan baru bernilai RM15 bilion yang dirancang misalnya, pastinya tidak semua menyangkut kepada keperluan dan kebajikan rakyat dalam tempoh yang segera.
Maksudnya, jika ditangguh ke satu ketika di mana kekuatan ekonomi negara benar-benar kukuh dan kebajikan rakyat sudah sedia terbela, projek tersebut dan pro- jek-projek lainnya boleh diteruskan, malah mungkin dapat diperhebatkan.
Rakyat juga pastinya berpuas hati dan benar-benar menikmati impak positif daripada perlaksanaan projek-projek itu selepas keperluan dan kebajikan mereka terlebih dahulu diberi perhatian.
Langkah menimbangkan semula projek- projek mega itu turut dipersetujui oleh Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah yang berpendapat, penangguhannya membolehkan kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha membantu kebajikan rakyat.
Projek-projek berjangka panjang pula katanya, yang jika ditangguhkan tidak mem- berikan impak besar kepada rakyat, wajar dikaji semula bagi memastikan ia tidak memberikan kesan sosial dan ekonomi kepada negara.
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kenaikan harga barangan keperluan dan bahan bakar, kerajaan ujar Haim, perbelanjaan untuk projek RMK-9 boleh disalurkan bagi meringankan beban rakyat.
''Biarpun bukan semua bantuan itu perlu disalurkan dalam bentuk subsidi, namun bagi beberapa isu yang perlu diberikan ke- utamaan, rakyat pastinya sangat bergantung kepada bantuan dan sokongan daripada kerajaan,'' katanya.
Situasi ini sekali gus meletakkan kepentingan projek-projek RMK-9 menjurus kepada manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding projek mega yang elemennya bukan kepada orang ramai.
Pastinya dalam perkiraan sebegitu, projek-projek seperti membina 450 buah sekolah rendah dan menengah, jalan, pembekalan air bersih dan projek yang berkait langsung dengan rakyat perlu diteruskan.
Dalam mengalih pelaburan kepada projek yang lebih penting juga, Haim menjelaskan, kerajaan boleh menumpukan usaha meningkatkan kecekapan infrastruktur dan prasarana yang masih terdapat kelemahan daripada sudut perlaksanaannya ketika ini.
KesinambunganTidak menafikan negara juga memerlukan projek berimpak besar, Haim bagaimanapun menambah, perlaksanaannya memerlukan kesinambungan dengan kebajikan rakyat didahulukan sebelum bergerak kepada projek yang lebih besar.
Dalam situasi politik yang agak goyah ketika ini, beliau turut berpendapat, kerajaan perlu bertindak pantas mengambil hati rakyat dengan membuktikan bahawa kebajikan rakyat keseluruhannya sentiasa menjadi keutamaan.
Rakyat ketika ini katanya, pastinya mengukur kerajaan manakah yang akan mengambil tindakan terlebih dahulu dalam menangani isu-isu berkaitan rakyat apatah lagi pembangkang sebelum ini berjaya mengalih sokongan dengan kempen negara berkebajikan mereka.
Dengan bajet dan kuasa yang ada, kerajaan ujar Haim, perlu bertindak lebih pantas dan agresif untuk muncul sebagai juara kepada rakyat dengan mendengar dan mengambil berat terhadap keperluan mereka.
Ketika ditanya kemungkinan keputusan kerajaan mengkaji semula projek RMK-9 itu akan melemahkan keyakinan pelabur luar terhadap kekuatan ekonomi negara, Haim berkata, ia sebenarnya tidak mencerminkan dasar kerajaan secara keseluruhannya.
Menurut beliau, kerajaan ketika ini mempunyai dasar pelaburan yang baik dan dalam keadaan mendesak seperti perlunya kajian ke atas RMK-9, apa yang perlu di- lakukan adalah memperkukuh dan mengemas kini dasar tersebut selaras dengan perubahan semasa.
Pelabur juga ujar Haim, tidak akan menjadikan keputusan kerajaan itu sebagai satu indikator sebaliknya menilai sejauh mana kerajaan mengemas kini dasar dan polisi sedia ada menjadi lebih telus dan meyakinkan.
''Mengambil contoh infrastruktur misalnya, Malaysia jauh lebih maju dan terkedepan berbanding dengan negara-negara serantau dan ini meningkatkan keyakinan pelabur asing dan tempatan untuk terus melabur di sini," katanya.
Menyentuh mengenai projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Haim secara peribadi berpendapat, projek berkenaan wajar diteruskan memandangkan ia berkait dengan kebajikan rakyat yang terseksa dengan kesesakan seperti yang sering dihadapi sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, kerajaan juga boleh tampil dengan rancangan dan tindakan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan antaranya dengan memperkasakan sistem pengangkutan awam dalam mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke negeri Pulau Mutiara tersebut.

Boikot atau Tidak?
Utusan Malaysia: 01.04.2008
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL (Wartawan Utusan)
TIDAK sukar untuk mencari kewajaran Geert Wilders yang begitu nekad untuk menayangkan filem Fitna yang jelas menghina Islam meskipun kerajaan Belanda berusaha untuk menghalang penyiarannya.
Ini bukanlah kali pertama Wilders membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, malah dia sebelum ini pernah menerima 40 ancaman bunuh apabila menayangkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w oleh seorang pelukis Denmark di laman sesawangnya.
Sepintas mengenai Wilders, ahli Parlimen Belanda ini dilahirkan sebagai seorang Kristian daripada keluarga Yahudi, namun membesar tanpa mempunyai sebarang pegangan agama atau penganut Atheis.
Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Wilders sering kali melihat Islam sebagai ancaman dan begitu bersungguh-sungguh memastikan filem Fitna yang mengambil beberapa kejadian seperti serangan 11 September 2001 dan diselitkan dengan ayat al-Quran itu ditayangkan kepada dunia.
Apa yang diharapkan oleh Wilders daripada penayangan filem itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan nilai-nilai seni atau kehebatan berkarya, sebaliknya lebih kepada cubaan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam sejagat.
Pastinya, Wilders sudah berjaya kerana ketika ini reaksi kemarahan dan kecaman seluruh masyarakat Islam terhadap Wilders dapat disaksikan di mana-mana termasuk di Indonesia dan Pakistan malah di Armsterdam sendiri.
Namun bagi Wilders, kemarahan dan kecaman umat Islam itu bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti sebaliknya disambut dengan perasaan yang puas dan gembira.
Ini kerana, aksi tunjuk perasaan itu pastinya disimpulkan oleh masyarakat Barat sebagai satu lagi pendekatan kekerasan yang digalakkan oleh Islam dan secara tidak langsung membuktikan kebenaran inti pati filem Fitna.
Tetapi apa yang tidak disedari oleh Wilders barangkali, umat Islam di seluruh dunia sebenarnya boleh menghukum dengan lebih berat melebihi sekadar aksi tunjuk perasaan dan membakar bendera Belanda semata-mata.
Wilders mungkin terlupa bahawa masyarakat Islam di seluruh dunia merupakan pengguna terbesar kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Barat termasuklah barangan keluaran Belanda.
Sekiranya umat Islam bersatu padu memulaukan produk Belanda terutamanya makanan berasaskan tenusu yang sangat popular dari negara tersebut, industri berkenaan boleh lumpuh dan ia secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi negaranya.
Malaysia juga dalam bersatu dengan suara kemarahan umat Islam di seluruh dunia terhadap tayangan filem Fitna yang jelas menghina Islam boleh mengambil tindakan serupa dengan memulau produk keluaran Belanda.
Rakan niaga
Jika melihat kepada hubungan perdagangan Belanda dan Malaysia seperti yang dicatatkan tahun lalu, negara itu berada pada kedudukan ke-13 sebagai rakan niaga terbesar dengan jumlah perdagangan mencecah RM26.87 bilion.
Daripada jumlah itu, nilai import produk Belanda ke negara ini mencecah RM3.28 bilion manakala selebihnya atau kira-kira RM23.58 bilion pula adalah nilai dagangan barangan Malaysia yang dieksport ke negara tersebut.
Rekod yang dipetik daripada laman web kedutaan Belanda di Malaysia itu turut menyenaraikan sebanyak 146 syarikat dari negara berkenaan beroperasi di sini ketika ini, mencakupi pelbagai bidang daripada sektor makanan sehinggalah kepada industri minyak dan teknologi maklumat.
Melihat kepada jumlah perdagangan di antara Belanda-Malaysia itu, jelaslah negara ini merupakan salah sebuah rakan niaga yang penting dan menjadi salah satu destinasi kepada produk-produk keluaran Belanda.
Malah, beberapa jenama dari negara berkenaan seperti produk makanan Dutch Lady, barangan elektrik Philips dan syarikat minyak Shell merupakan antara produk yang sangat sinonim dan popular di kalangan pengguna.
Justeru, langkah memulaukan produk keluaran Belanda seperti kata Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah, adalah tindakan yang wajar sebagai pengajaran ke atas negara berkenaan yang mengambil mudah terhadap sensitiviti agama seperti yang terkandung dalam filem Fitna.
Menurut beliau, biarpun tindakan memboikot adalah bersifat sementara dan lebih berasaskan sensitiviti agama, namun ia merupakan langkah yang tepat dalam membayangkan pendirian negara yang tidak akan berkompromi dengan sebarang isu sensitif terutama mengenai Islam.
Berdasarkan nilai import produk Belanda yang hanya berjumlah 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan import tahun lalu, negara sebenarnya tidak terlalu bergantung kepada produk keluaran negara itu dan boleh mendapatkan produk alternatif lain dengan mudah.
Namun ujar Haim Hilman, usaha memulaukan produk Belanda bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana masyarakat memahami isu yang sedang dihadapi ketika ini dan mengambil berat terhadap perlunya tindakan dikenakan ke atas negara tersebut.
Untuk itu beliau menyarankan, semua pihak terutamanya kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat dengan dibantu oleh pelbagai saluran media perlu bersama-sama memberikan komitmen dalam menunjukkan rasa kemarahan rakyat secara total.
‘‘Kita pernah berjaya memboikot barangan keluaran British pada tahun 80-an menerusi kempen Buy British Last bagi membantah kenaikan besar yuran ke atas pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom oleh kerajaan British dan pendekatan serupa juga boleh digunakan terhadap produk Belanda ketika ini.
“Meskipun negara tidak mempunyai kekuatan daripada sudut lain seperti ketenteraan misalnya untuk memberi pengajaran kepada Belanda, namun kita mempunyai kuasa yang jauh lebih kuat daripada sudut ekonomi iaitu kuasa membeli,” katanya.
Memulau
Tindakan memulau produk juga tambah Haim Hilman boleh diperkukuhkan dengan tindakan diplomatik dengan menuntut Belanda memohon maaf dan menarik balik sokongan terhadap filem Fitna sebelum hubungan perdagangan boleh disambung semula.
Ia secara tidak langsung katanya, boleh membawa dimensi baru kepada hubungan Malaysia-Belanda yang selepas ini pastinya sangat memahami dengan jelas bahawa negara tidak sesekali akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja menghina Islam.
Tindakan yang lebih agresif dalam memboikot produk Belanda juga sedang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang ketika ini giat mengumpulkan senarai produk dari negara berkenaan untuk dihebahkan kepada pengguna.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, dalam usaha itu persatuan-persatuan pengguna memerlukan kerjasama padu daripada seluruh masyarakat di negara ini bukan semata-mata kerana agama tetapi atas semangat perpaduan dan masyarakat yang cintakan keamanan.
‘‘PPIM sebelum ini pernah mengeluarkan senarai beberapa produk yang perlu diboikot berdasarkan beberapa sebab termasuk yang jelas menghina Islam dan usaha seperti ini akan terus dilaksanakan selagi negara-negara ini tidak sedar dan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka,” katanya.

Pensyarah Saran Wujud Dasar Baru
Utusan Malaysia: 27.03.2008
KUALA LUMPUR 26 Mac – Kerajaan diminta menggubal dasar baru bagi mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan etnik sebagai bukti ia bersikap adil untuk semua rakyat.
Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah berkata, langkah itu adalah penting bagi menghapuskan tanggapan di kalangan bukan Melayu kononnya dasar sedia ada yang berteraskan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak menguntungkan mereka.
Beliau berkata, terdapat di kalangan orang Melayu sendiri yang meragui dasar berkenaan berikutan terpengaruh dengan kempen pembangkang yang mendakwa ia hanya memberi manfaat kepada kumpulan tertentu sahaja.
‘‘Saya yakin kerajaan berupaya menggubal dan melaksanakan dasar baru secara lebih berkesan berbanding Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang dicadang pembangkang kerana ia mempunyai ramai pakar ekonomi dan sumber kewangan banyak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa antara agenda pada penggal keduanya sebagai Perdana Menteri ialah memperkenalkan tiga langkah khusus bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
Langkah itu ialah mengurangkan impak kenaikan harga minyak dunia bagi golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan pembaziran dan kerugian kesan daripada subsidi.
Ia juga melibatkan langkah mengkaji semula pelaksanaan rancangan ekonomi bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai golongan yang benar-benar memerlukan dan mengurangkan jurang pendapatan antara kumpulan etnik dan pada masa sama memastikan keadilan untuk semua rakyat.
Menurut Haim Hilman, penggubalan dasar baru itu harus dipastikan tidak menafikan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Dalam pada itu, ujar beliau, kajian perlu dilakukan mengenai kemungkinan menurunkan harga minyak bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terus terbeban.
‘‘Ia adalah langkah terbaik kerana penurunan harga bahan api ini akan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan lain dengan alasan minyak naik,” katanya.

Dasar Kerajaan Pengaruhi Ekonomi
Utusan Malaysia: 14.02.2008
Oleh AIZAWATI AHMAD
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Dasar kerajaan untuk tidak bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat (AS) semata-mata merupakan faktor utama membolehkan perdagangan negara ini dapat berkembang dengan baik.
Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Haim Hilman Abdullah berkata, ini kerana dasar tersebut menyebabkan negara mengubah fokus untuk turut berdagang dengan negara anggota ASEAN, Eropah dan negara-negara bekas Kesatuan Soviet.
“Kemajuan yang dicapai berpunca daripada dasar-dasar yang amat tepat bagi memangkin ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai perdagangan negara terus kukuh pada 2007 dengan nilai dagangan RM1.1097 trilion iaitu meningkat sebanyak 3.7 peratus berbanding RM1.0697 trilion pada 2006.
Prestasi itu yang dicapai ketika kemelesetan ekonomi sedang melanda Amerika Syarikat (AS) merupakan tahun kedua negara mencatat jumlah perdagangan melebihi RM1 trilion.
Menurut Haim, kerajaan perlu mempelbagaikan pasaran dengan meluaskannya kepada negara-negara Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Chile.
Jelas beliau lagi, walaupun, Malaysia telah mempunyai hubungan dagangan dengan negara terbabit tetapi kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk meluaskan pasaran yang sedia ada.
Katanya, negara ini mengamalkan ekonomi pasaran terbuka yang terdedah kepada banyak risiko tetapi ia juga bakal memberi manfaat kepada peluang pasaran yang luas di peringkat global.
“Kita masih ada ruang untuk meningkatkan lagi dagangan sedia ada dalam usaha mencari pasaran baru selain terus mengemas kini dasar-dasar serta polisi negara bersesuaian dengan keperluan semasa,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden Persekutuan Syarikat Tersenarai Awam, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas pula berkata, perkembangan tersebut mencerminkan bahawa ekonomi negara ini berada pada kedudukan yang kukuh.
Jelasnya, peningkatan eksport negara khususnya bagi komoditi kelapa sawit dan juga produk elektrik serta elektronik telah meletakkan dagangan Malaysia terus berkembang dari tahun ke tahun.
“Prestasi dagangan yang dicatatkan itu turut memberi implikasi yang baik kepada para peneroka sawit dan juga pekerja-pekerja bagi sektor pembuatan elektronik,” katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)